Waktu Operasi:Isnin-Jumaat: 8.30am-7.00pm
Sabtu: 8.30am-5.00pm
Ahad: Tutup
Perhubungan:
Alamat: Tkt. Bawah, Lot 10, Kompleks Telakbana, 89150 Kota Belud.
Tell/SMS: 0128327208 (waktu operasi)
Fax: 088977339
E-mel: acacia.cs@gmail.com
CATEGORIES
- About ACS (3)
- ACS Services (2)
- Activities (2)
- Diseases (7)
- Greetings (5)
- Health Educations (3)
- Life Styles (1)
- Senses (2)
- Update (2)
Manusia mempunyai sepasang mata. Mata yang normal akan bergerak serentak untuk melihat ke arah yang sama, dan berkedip serentak kecuali sengaja dikenyitkan sebelah mata atas tujuan2 tertentu. Anak mata juga akan mengecil atau membesar sama2 sesuai dengan rangsangan yang diterima, dan keluar air mata juga sama2.Sakit mata boleh disebabkan oleh banyak sebab. Biasanya pesakit akan mengadu sakit mata apabila ada benda asing yang termasuk ke dalam mata dan menyebabkan kecederaan, atau jangkitan kuman yang dikenali sebagai conjunctivitis. Selain daripada itu, masalah kabur penglihatan juga sering kali menjadi aduan pesakit. Kebanyakan orang menganggapnya sebagai masalah rabun, sama ada rabun jauh atau rabun dekat.
Sebenarnya kabur penglihatan juga disebabkan oleh beberapa masalah lain yang tidak boleh dirawat hanya dengan memakai kanta. Penyakit2 seperti katarak, glaucoma, dan perdarahan dalam mata juga boleh menyebabkan kabur penglihatan, dan jika tidak dirawat awal boleh mengakibatkan seseorang menjadi buta. Masalah2 ini biasanya terjadi akibat komplikasi penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi pada kanta dan retina mata.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa masalah atau penyakit mata yang lain seperti pterygeum (tumbuh isi dari tepi kiri atau kanan anak mata dan menutupi anak mata), kotut (jangkitan kuman pada kelopak mata), gangguan saraf mata, kanser mata dsbg.
Rawatan penyakit mata bergantung kepada jenis penyakit mata. Penyakit conjunctivitis dan kotut biasanya boleh dirawat menggunakan ubat titisan mata dan ubat-ubatan dimakan yang lain. Manakala masalah rabun biasa boleh diperbaiki dengan memakai kaca mata berkanta atau kanta sentuh. Untuk penyakit mata yang lebih serius seperti katarak, glaucoma, perdarahan dalam mata, pterygeum, gangguan saraf, dan kanser mata pula perlu dirujuk kepada pakar mata untuk rawatan yang lebih spesifik dan biasanya melibatkan pembedahan dan rawatan susulan.
Terdapat juga beberapa sakit mata yang tidak memerlukan rawatan perubatan. Sebagai contoh, sakit mata melihat kawasan pekan yang kotor dengan tahi kerbau dan dipenuhi semak samun, sakit mata (dan sakit hati) melihat pasangan berlaku curang di depan mata, dan sakit mata melihat tingkah laku dan perangai orang dengan pelbagai ragam yang tidak senonoh dan menjolok mata. Pemilik mata yang melihat semua perkara ini boleh memilih untuk berpaling melihat ke arah yang lain atau bertindak sesuatu untuk memperbetulkan keadaan.
Last but not least, ada juga orang yang suka 'suap'kan mata dengan 'pemandangan2' yang bukan saja merosakkan mata, tetapi boleh merosakkan akhlak sendiri, keluarga dan masyarakat. Tentang hal ini saya tidak perlu mengulas panjang. Pendek kata, jagalah mata kita masing2 kerana mata adalah cahaya bagi tubuh.
Nota: "Mata adalah pelita tubuh. Jika matamu baik, teranglah seluruh tubuhmu. Jika matamu jahat, gelaplah seluruh tubuhmu. Jadi, jika terang yang ada padamu gelap, betapa gelapnya kegelapan itu." (Mat. 6: 22-23)
Labels: Diseases
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

