Selamat Datang ke laman interaktif Acacia Clinic & Surgery. Semoga anda sekalian sihat sejahtera dan diberkati Tuhan.
- Medical Treatment - Minor Surgery - Antenatal Check Up - Family Planning - Medical Screening - Immunization - Pap Smear - Ultrasound - ECG - Counseling -

Sila ambil perhatian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 6 Januari 2010 mengenai status terkini pandemik H1N1 .

Sumber: Laman web rasmi http://h1n1.moh.gov.my.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan masyarakat bahawa Influenza A (H1N1) masih aktif di Malaysia, begitu juga diperingkat global, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) masih lagi mengekalkan tahap pandemic alert pada fasa 6, tahap tertinggi yang telah diisthiyarkan sejak 11 Jun 2009. Justeru, orang awam dinasihatkan untuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1 terutamanya mereka-mereka yang bersimptom.

Memandangkan sesi persekolahan pada tahun 2010 telah bermula, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan ibubapa dan masyarakat agar berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1 yang telahpun terbukti berkesan. Guru-guru dan ibubapa haruslah memastikan pelajar-pelajar sentiasa berada dalam keadaan sihat. Ibubapa dan guru-guru perlu memantau tahap kesihatan pelajar semasa mereka berada di rumah dan sekolah. Sekiranya pelajar-pelajar mengalami tanda-tanda Influenza A(H1N1), mereka perlu dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Nota: Sila lawat laman web di atas dari masa ke semasa untuk mengikuti status terkini pandemik H1N1.

;;